–fotoBERNAMA ( 2025) COPYRIGHT RESERVED
Oleh D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Iteenews) — Ekuiti dan pasaran modal hutang Malaysia berjumlah RM4 trilion berada pada kedudukan baik untuk menyokong pertumbuhan negara, membolehkan perniagaan dan pelabur mendapatfaedah daripada peluang baharu yang muncul, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini.
"Melabur di Malaysia lebih daripada sekadar peluang pelaburan, ia juga mengenai kualiti dan keyakinan di sebalik bagaimanapeluang ini disampaikan dan dikekalkan," katanya.
Program transformasi syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia menyasarkan untukmemacu standard prestasi dan daya saing lebih tinggi dalamkalangan syarikat tersenarainya, memastikan pertumbuhan mereka sejajar dengan amalan terbaik, penjagaan alam sekitar dan standard tertinggi tadbir urus korporat, katanya.
“Sebagai pertukaran berbilang aset yang progresif, Bursa Malaysia juga terus menerajui inisiatif inovatif dan meluaskan kebolehcapaian pasaran,” katanya ketika berucap pada Invest Malaysia London 2025, bertemakan “Malaysia’s Economic Resurgence, Driving ASEAN’s growth”, di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada acara Invest Malaysia itu.
Sejak 2005, Bursa Malaysia telah menganjurkan 59 program Invest Malaysia di luar Malaysia, di pusat kewangan utama untuk mempamerkan cadangan nilai negara yang kukuh dan daya tarikannya kepada pelabur global.
Beliau berkata beberapa inisiatif penting ini termasuk, antara lain, pertukaran karbon patuh Shariah pertama di dunia, Penyelesaian Perisikan KelestarianBerpusat (CSI) dan Bursa Gold Dinar, semuanya telah dilancarkan pada 2024.
Menggariskan beberapa pencapaian utama Bursa Malaysiatahun lepas, Abdul Wahid berkata indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.9 peratus pada 2024, menjadikan Bursa Malaysia antara pasaran berprestasi terbaik di ASEAN.