Pasaran Getah Ditutup Tinggi, SMR 20 Tertinggi Sejak 2017

8008f414ce7864e136f84ae4e6280fed5fa178eb2e1f7

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Dis(Iteenews) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, dengan hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencecah paras tertinggi sejak 2017, mencatatkan933.5 sen sekilogrampada April, kata peniaga.

Beliau berkata kebimbangan mengenai bekalan getah asli (NR) yang terhad berikutan banjir berpanjangan di beberapa wilayah di negara pengeluar NR utama, termasuk Malaysia dan Thailand, selain kenaikan pasaran niaga hadapan serantau menyokong harga komoditi tersebut.

“Sentimen pasaran turut dipacu oleh prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Iteenews.

Agensi meteorologiThailand mengeluarkan amaran hujan lebat yang mungkin menyebabkan banjir kilat dari 5 hingga 6 Disember dan memaklumkan ‘petani perlu bersediauntuk berdepan dengan kerosakan tanaman’.

“Selain itu, beberapa negeri pengeluar getah di Malaysia turut terjejas teruk akibat banjir berikutan hujan yang berterusan,” katanya.

Peniaga berkata harga minyak merosot pada Jumaat, dengan permintaan rendah menjadi tumpuan selepas PertubuhanNegara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC +) menangguhkan rancangan untuk meningkatkan bekalan dan meneruskan pengurangan pengeluaran hingga akhir 2026.

Pada tengah hari, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan hargaSMR 20 meningkat 27.5 sen kepada 933.5 sen sekilogrammanakala lateks pukal menokok 1.0 sen kepada688.5 sen sekilogram.