PASARAN GETAH DIJANGKA ALAMI DAGANGAN BERJULAT KECIL MINGGU DEPAN BERIKUTAN BEKALAN TERHAD

819aff35a62318067e77672ab29bc64b6753be5f3014d— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Iteenews) — Pasaran getah tempatan dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan keadaan bekalan terhad.

Pakar industri Denis Low berkata jangkaan itu susulan bencana banjir yang melanda di Malaysia dan Thailand baru-baru ini.

Beliau berkata walaupun kedua-dua negara Asia Tenggara itu mengalami cuaca monsun tahunan, kalangan ahli sains berpandangan perubahan iklim telah  menyebabkan corak cuaca yang lebih intensif, yang boleh meningkatkan kemungkinan banjir.

\”Oleh itu, akan ada lebih keperluan untuk menyimpan stok dan peniaga mungkin tidak mahu terperangkap dengan kekurangan bekalan,” katanya kepada Iteenews.

Menurut Pihak Berkuasa Getah Thailand (RAT), banjir besar yang melanda selatan Thailand menyebabkan kerugian bernilai 20 bilion baht (RM2.6 bilion) kerana para pekebun getah tidak akan dapat menoreh dalam tempoh sebulan atau lebih.

Sementara itu, beberapa negeri pengeluar getah di Malaysia juga terjejas ekoran banjir yang berpunca daripada hujan berterusan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut.

Low juga berkata ketegangan geopolitik, BRICS dan ketidakpastian mengenai kemungkinan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan China menambahkan lagi ketidaktentuan pasaran dan menjejaskan sentimen.

\”Ketidakpastian sedemikian menunjukkan ketidaktentuan dan pada masa sama boleh mencetuskan sentimen berhati-hati dan kebimbangan. Keadaan ini juga mendorong harga komoditi tertentu melebihi jangkaan di samping menurunkan juga harga beberapa komoditi,\” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjelaskan musim La Nina, hujan lebat dan banjir di negara-negara Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Thailand akan terus mengganggu bekalan getah asli.