Pantech Global Dijangka Tidak Terjejas Oleh Tarif Import Keluli, Aluminium AS

51709c3f6ef6d9a8c15e24364c79e25a67a9cc4b80807Kredit: Pantech Global

KUALA LUMPUR, 10 Feb(Iteenews) –Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atasimport keluli dan aluminium.

Pengarah Urusan kumpulanAdrian Tanberkata cadangan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium itu akan dikenakan secara seragam kepada semua negara, sekali gus mewujudkanpersaingan yang adil.

“Sekiranya setiap negara dikenakan tarif 25 peratus, ia tidak akan memberi kesan kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran prospektus kumpulan ituhari ini.

Pantech Global mengeluarkan dan mengeksport alat paip kimpalandan paip keluli tahan karat yang mampu menahan suhu tinggi, tekanan tinggi, bahan berkarat, dan persekitaran yang melampau.

Produk berkenaandigunakan dalam pelbagai industri yang melibatkan penghantaran cecair, termasuk minyak dan gas, petrokimia, kimia, semikonduktor, rawatan air, dan pembinaan kapal.

Dalam pada itu, Tan berkatabutiran cadangan pelaksanaantarif tersebut masih tidak jelas dan agak umum dan kebiasaannya ia menyasarkan pengeluar keluli serta aluminium di peringkat huluan, sementara Pantech Global beroperasi di sektor hiliran.

Pada Ahad Trump mengumumkan cadangansecara rasmi mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium, serta tarif balikbalas ke atas negara yang mengenakan cukai terhadap barangan AS.

Sementara itu, Pantech Global menyasarkan untuk mengumpul kira-kira RM178.32 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 3 Mac. Ia menandakan penyenaraian IPO pertama di Pasaran Utama untuk2025.

IPO Pantech Globalmelibatkan penerbitan 262.23 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 68 sen sesaham. Berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesar sebanyak 850 juta saham dan pada harga IPO, ia akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM578.00 juta selepas penyenaraian.