PAAB Biayai Pembinaan Dua LRA di Seberang Perai

Kredit: PAAB

GEORGE TOWN, 17 Dis (Iteenews) — Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bakal membiayai hampir RM1 bilion untuk membina dua loji rawatan air (LRA) di Seberang Perai dekat sini bermula tahun hadapan.

PAAB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya komited bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina dua LRA loji baharu diSeberang Perai bagi meningkatkan margin simpanan air terawat di kawasan berkenaan pada masa depan.

"Projek itumembabitkan pembinaan LRA Sungai Perai didaerah Seberang Perai Tengah(SPT) dengan kapasiti 136 juta liter air sehari (MLD) manakala sebuah lagi projek melibatkan pembinaan LRA Sungai Muda di daerahSeberang Perai Utara (SPU) dengan kapasiti 114 MLD

"Apabila siap kelak, 15 peratus margin simpanan air terawat dapat dikekalkan diPulau Pinang dan berupaya mengatasi permintaan tinggi pengguna di kawasan SPT dan SPU untuk menyokong keperluan pembangunan masa depan," menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas PAAB mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Komtar hari iniyang turutdisertai Pengerusi PAAB Datuk Seri Ir Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai EksekutifZulkiflee Omar dan Ketua Pegawai Kewangan Zaleha Abdul Hamid.

Dalam pertemuan itu, pihak PAAB berpeluang memperkenalkan dengan lebih terperinci mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai syarikat yang dilantik kerajaan Persekutuan.

Menurut PAAB ia bagi menyediakan dana mudah cara dalam melaksanakan projek pembangunaninfrastruktur air bukan sahaja di Pulau Pinangmalah di semua negeri yang telah menandatangani Pelan Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air dengan PAAB.

"PAAB ditubuhkan pada tahun 2006 melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan dikawal selia oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

"(PETRA) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membantu kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Pelan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara.