KUALA LUMPUR, 6 Jan (Iteenews) –Operator rangkaian kafe perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) Oriental Kopi Holdings Bhd yang bakal disenaraikan diPasaran ACE Bursa Malaysia berhasrat untuk mengumpulkanRM184 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
Harga saham IPO syarikat itu ditetapkan pada 44 sen setiap satu dan penyenaraian dijadualkan menjelang 23 Jan2025.
Kumpulan itu berkata sebanyak RM75.78 juta atau 41.2 peratus daripada hasil akan dipakai bagi modal kerja; RM53.69 juta (29.2 peratus) untuk penubuhan ibu pejabat baharu, dapur pusat serta gudang di Selangor; RM36.40 juta (19.8 peratus) untuk pengembangan rangkaian kafe di Malaysia; RM5.5 juta (3.0 peratus) bagi tujuanaktiviti pemasaran di luar negara; RM5 juta (2.7 peratus) ke arah pengembangan segmen makanan berbungkus dan RM7.6 juta (4.1 peratus) untuk perbelanjaan penyenaraian.
Pengarah Eksekutif Sean Koay Song Leng berkata kemudahan operasi baharu berkeluasan 108,448 kaki persegi di Puchong, Selangor akan memusatkan fungsi pengurusannya, mengoptimumkan operasi F&B selain meningkatkan kecekapan penyimpanan dan pengedaran.
“Pembangunan dapur berpusat ini dirancang untuk meminimumkan operasi dapur di cawangan semasa memandangkan sesetengah kedai mempunyai dapur yang sangat kecil.
“Jadi kami mahu mengurangkan beban kerja di dapur itu sendiri melalui pengalihan ke dapur pusat bagimenghasilkan makanan, tidak lagi di dapur (cawangan)tetapi persiapan terakhir kami masih dilakukan di dapur cawangan itu sendiri,”katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus Oriental Kopi di sini hari ini.
Koay, bagaimanapun, tidak mendedahkan peratusan beban kerja yang diminimumkan di dapur cawangan selepas pembangunan dapur berpusat.
Sejak ditubuhkan pada Disember 2020, Oriental Kopi telah mengasaskan rangkaian 19 kafe yang dimiliki dan dikendalikan di Malaysia termasuk secara pemilikan bersama serta kafe yang dikendalikan di Singapura.
Kafe-kafe ini terletak secara strategik dalam pelbagai persekitaran seperti pusat membeli-belah, lot kedai dan pusat membeli-belah di KL International Airport 2termasuk sebuah stor runcit khusus di St Giles.Southkey Hotel, Johor Bahru.