Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) – Kredit: Reuters
KUALA LUMPUR, 3 Feb(Iteenews) –Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka mampu menambah bekalan minyak mentah purata 5.8 juta tong sehari (bpd)sekiranya berlaku penurunanketara bekalan minyak dari Kanada dan Mexico, menurutRystad Energy.
Dalam satu nota peyelidikan hari ini, firma perunding tenaga itu berkata anggaran itu adalah berdasarkan tahap purata penggunaan sebelum ini.
Ia berkata tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik bagi kedua-dua negara tersebut.
Trump baru-baru ini mengumumkanakan melaksanakan tarif ke atas tiga rakan dagangan terbesarnya iaitu Kanada dan Mexicosebanyak 25 peratus, manakala10 peratus kepada China, yang dijangka akan memberi kesan global yang meluas, katanya.
Kesan Tarif dan Tindak Balas
Bagaimanapun, menurut RystadEnergy tarif 25 peratus ke atas minyak Kanada itu telah ditetapkankepada 10 peratus, menyebabkan negara itu bertindak mengenakan tarif 25 peratuske atas import AS bernilai US$105 bilion.
Sementara itu, Mexico dan China masih dalam proses merangka tindak balas ekoran dianggarkan bahawa sekatan ini akan mengancam 15 peratusdaripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Mexico dan Kanada.