OECD Gesa Malaysia Rombak Sistem Cukai Untuk Pertumbuhan Dan Pendapatan

9a69a2dc3719d33425d4054d3eed332b62a0a1a984d79

PUTRAJAYA, 27 Ogos (Iteenews) –Malaysia perlu melaksanakan perubahan kepada sistem cukainya untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi pertumbuhan pembiayaan, kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Organisasi itu dalam laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia OECD 2024: yang dikeluarkan hari ini berkata Malaysia perlu menggerakkan hasil cukai tambahan, bukan sahaja untuk mencapai matlamat jangka pendeknya iaitu sasaran defisit tiga peratus tetapi bagi membiayai keperluan perbelanjaan masa depan.

“Ini akan memerlukan perubahan kepada sistem cukai supaya ia dapat menyediakan lebih banyak pendapatanuntuk membiayai pertumbuhan keperluan sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi, keterangkuman sosialdan alam sekitar.

“Walaupun tahap, yang mana sektor awam perlu berkembang untuk memenuhi keperluan masa depan adalah keputusan politik, adalah dianggarkan bahawa Malaysia boleh mengutip sehingga tiga mata peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui hasil cukai tambahan dalam jangka pendek dan sehingga 16 mata peratusan KDNK dalam jangka panjang,” katanya.

Tinjauan Ekonomi MalaysiaOECD 2024: dilancarkan hari ini oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Laporan tinjauan setebal 161 muka surat itu menekankan keperluan untuk mengukuhkan institusi bagi memastikan perbelanjaan awam yang lebih berkesan.

“Selain meningkatkan hasil tambahan untuk membiayai keperluan perbelanjaanserta perbelanjaan masa hadapan, dana tambahan ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi mencapai objektif dasar, sewajarnya disokong olehpenambahbaikan dalam institusi dan tadbir urus ekonomi.

“Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan dalam hal ini, pengukuhan institusi adalah proses berperingkat.Apabila pendapatan bertambah, rakyat serta perniagaan secara amnya akan menuntut kualiti tadbir urus ekonomi, dan perbandingan merentas negara biasanya menunjukkan korelasi positif antara pendapatan serta kualiti institusi dan tadbir urus,” katanya.

Laporan itu menjelaskan perjalanan Malaysia ke arah negara berstatus berpendapatan tinggi memberi peluang untuk kemajuan selanjutnya dalam domain penting ini, yang seterusnya akan memberi impak kepada prestasi ekonomi yang mantap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *