Kredit: Northport
KUALA LUMPUR, 7 Okt(Iteenews) — Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC, mengumumkan siap kerja lapangan kontena terbaharunya, Blok Kyangmemberi tambahan kapasiti sebanyak 662,256 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berdasarkan hari simpananselama limahari.
Northport berkata pembinaan kemudahan terminal terbaharu ini bermula pada 14 Ogos 2023dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual,menjadikan jumlah kapasiti keseluruhan lapangan kontena Northport kepada 6,150,250 TEU setahun.
“Penyempurnaan kemudahan serba baharu ini merupakan satu kejayaan penting dalam komitmen berterusan Northport untuk meningkatkan keupayaan dan perkhidmatannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Northportpenyiapan Blok K dengan 2,016 jumlah slot tapakakan meningkatkan kapasiti keseluruhan Northport dengan ketara untuk mengendalikan jumlahkontena yang lebih tinggi.
“Projek yangberjaya disiapkan 51 hari lebih awal daripada jadual ini menzahirkan prestasi cemerlang kontraktornya iaitu MMC Engineering Sdn Bhd,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
Selaras dengan komitmen Northport terhadap kelestarian, lapangan kontena baharu ini akan disokong dengan penggunaan jentera kren mesra alam, Gantri Tayar Getah Berelektrik(E-RTG).
Northport telah membuat pembelian sebanyak 12 unit E-RTG untuk operasi di Blok K.
Syarikat itu berkata lapan unit pertama dijangka tiba pada Disember 2024manakala baki empat unit lagi akan tiba padaMac 2025.
Pelaburan dalam teknologi hijau ini menyerlahkan dedikasi Northport untuk mengurangkan jejak karbonnya dan menggalakkan operasi pelabuhan mesra alam.