— fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Iteenews) — Northport (Malaysia) Bhd berjaya mencatat rekod baharu jumlah pengendalian tahunan untuk segmen perniagaan kontena dan kargo konvensional yang mencecah3,328,508 unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 27 Nov, 2024.
Jumlah itu mengatasi rekod sebelum ini sebanyak3,324,364 TEU pada2021, kata pengendali pelabuhan itu dalam kenyataan hari ini.
Northport berkata syarikat itu turut mencatat rekod baharu bagi pengendalian kargo konvensional merangkumi 11,434,814 tan berat muatan (FWT) yang mengatasi rekod tahunan 11,405,312 FWT dicapai pada 2023.
“Tahun 2024 terbukti mencabar bagi industri pelabuhan dan perkapalan, dipengaruhi oleh faktor global seperti ketegangan geopolitik di rantau Laut Merah,” katanya.
Namun, di sebalik cabaran itu,Northport memaparkan daya tahandengan mengendalikan peningkatan singgahan kapal-kapal secaraad-hoc selain bermulanya perkhidmatan perkapalan baharu.
“Gangguan ini telah memberi kesan ketara terhadap laluan perdagangan global dan operasi pelabuhan, menyebabkan syarikat perkapalan membuat singgahan ad-hoc ke pelabuhanlain,” katanya.
Northport berkata Mac 2024 menyaksikannya mencatatrekod baharu pengendalian tertinggi untuk kargo pukal sebuah kapal melibatkan 48,853 FWT kargo keluli kapal kargo konvensional, MV Jin Chao, mengatasi rekod sebelumnyasebanyak 47,246 FWTdaripada kapal MV Wu Yi Hai pada Mei 2022.
Selain itu, pada Mei lepas, iamenyambut kehadiran kapal kontena terbesar pernah berlabuh di terminalnyaiaitu MV OOCL Japanyang berkapasiti 21,413 TEU danmengatasi rekod pada 2013 melibatkan kapal Eugen Maersk dengan kapasiti 11,000 TEU.
“Momentum itu berterusan pada Ogos 2024apabila Northport memecahkan rekod untuk bulan kedua berturut-turut, mencatatjumlah pengendalian kontena bulanan sebanyak 365,558 TEU yang mengatasi pencapaian pada Julai 2024.