Nilai Kerja Pembinaan Malaysia Capai 20.2 Peratus Pada 2024 Berjumlah RM158.8 Bilion

07c5e5cc1a1ad5e27fdc03c6324bba1d67a9a7e5347b4Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Iteenews)– Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan PerangkaanMalaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr MohdUzir Mahidin berkata nilai kerja pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan pada Suku Keempat 2024 dengan peningkatan ketara sebanyak 23.1 peratusselepas merekodkan pertumbuhan22.9 peratus pada Suku Ketiga 2024yang berjumlah RM42 bilion.

“Prestasi memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan kukuh dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman, yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digitsebanyak 44.9 peratus dan 38.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Subsektor bangunan bukan kediaman turut menyumbang kepada pertumbuhan, dengan peningkatan sebanyak 24.6 peratus.

Sementara itu, subsektor kejuruteraan awam terus berkembangwalaupun pada kadar yang lebih perlahandengan kadar pertumbuhan positif sebanyak 9.3 peratus.

Mohd Uzir berkata daripada keseluruhan nilai kerja sebanyak RM42.0 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, sejumlah RM15.6 bilion atau 37.2 peratus disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam, terutamanya dalam aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api (RM6.9 bilion) dan projek utiliti (RM6.8 bilion).

Nilai kerja bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing mencatatkan RM11.8 bilion (28.0 peratus) dan RM9.9 bilion (23.5 peratus).

“Aktiviti pertukangan khas pula menyumbang RM4.7 bilion (11.3 peratus), terutama dalam aktiviti penyediaan tapak (RM1.2 bilion); pemasangan elektrik (RM1.1 bilion); dan pemasangan paip, pemanasan dan penghawa dingin (RM1.0 bilion),” katanya.

Sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pada suku ini, menyumbang RM27.0 bilion atau 64.2 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan.