Nik Nazmi Umum Pertahan Jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa

Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Iteenews) — Nik NazmiNik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankanjawatan Naib Presiden PKR danKetua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alamberkata ketetapan itudiumumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PKR cabang Setiawangsa, hari ini.

Mesyuarat itu juga sebulat suaramemutuskan untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan jawatansebagai Presiden dan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden parti.

“Dalam kita meraikan demokrasi dalaman yang matang, kita juga perlu memastikan bahawa persaingan ini berlangsung dengan penuh adab, semangat setia kawan dan fokus kepada agenda besar mengukuhkan PKRsebagai sebuah parti masa depan yang terus relevan dalam perjuangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu video yang dimuat naikdi akaun TikTok hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan naib presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk SeriShamsul Iskandar Md Akinsebelum ini dilapor berkata jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR mungkin tidak dipertandingkan berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman.

Anwar yang menyandang jawatan presiden PKR bagi penggal ketiga dan terakhir berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada PKR untuk membuat keputusan.

Pemilihan majlis pimpinan pusat, majlis pimpinan wanita pusat dan majlis pimpinan pemuda pusat akan diadakan pada 24 Mei.