Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Penurunan Harga Minyak Jejas Sentimen Pasaran

d410a8f5d54e65f86b27cbae87622d1064aeb20ac5b65Anilkumar Bagani (kiri) and David Ng (kanan)

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Iteenews) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.

Peniaga Minyak Sawit David Ng memberitahuIteenews pihaknya mendapati harga disokong pada RM4,480 satu tan manakala RM4,620 satu tan menjadi paras rintangan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group, Anilkumar Bagani berkata ringgit yang lemah, eksport kukuh minyak sawit Malaysia pada Oktober, stok yang terhad dan kadar pengeluaran minyak sawit yang rendah telah menyokong komoditi itu.

Semua keadaan itu juga telah mengehadkan penurunan niaga hadapan MSM dalam denominasi ringgit, katanya.

Beliau berkata penjualan awal telah dikekang dan harga dagangan dilhat tidak banyak berubah.

“Harga minyak mentah susut sebanyak hampir US$4 setong pada Isnin selepas serangan balas Israel ke atas Iran pada hujung minggu melangkau infrastruktur minyak dan nuklear Tehran.

“Ini tidak mengganggu bekalan tenaga sekali gus meredakan ketegangan geopolitik di Timur Tengah secara keseluruhannya,” katanya.

Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent yang penanda aras berada pada US$71.68 setong, susut sebanyak 5.75 peratus.