KUALA LUMPUR, 26 Feb (Iteenews) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara paras RM4,000 dan RM4,600 setan metrikdarisekarang hingga 31 Mac 2025.
Pengarah Godrej International Ltd, Dorab Mistry berkata, ketika ini masih dalah tempoh menaikdan tiga faktoriaitu bulan pengeluaran paling kurang, stokrendah dan gangguan bekalan berikutan bulanRamadan, dijangka terus menjadikanpasaran kekal aktif.
“Selepas Ramadan, saya jangkakanpeningkatan pengeluaran minyak sawit dan penurunan harga yang seterusnya menjadikan minyak sawit sekali lagi lebih kompetitif.
“Antara tempoh April dan November, saya menjangkakan niaga hadapan MSM BMD diniagakanantara RM3,600 setan metrik danRM4,100 setan metriktetapi lebih cenderung kepada paras harga rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk‘Is It Time to Lift the Indonesian Moratorium? Price Outlook 2025’ pada Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-36 20245, di sini, hari ini.
Menurutnya,prospek harga tahun ini dipengaruhi oleh faktor seperti langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trumptermasuk tarif, sekatan dan perang perdagangan, prospek harga tenaga dan cuaca di Amerika Utara.
“Faktor laintermasuklah trajektori dolar AS,yang mungkin mengurangkankenaikan harga kerana rejim Trump cenderung kepadadolar yang kukuhberbanding dolar yang lemah, dandolar yang lemah biasanya membawa kepada harga komoditi yang lebih tinggi.
“Kebanyakan penyusutan bekalan berlaku sekarang, dengan peningkatan bekalan dijangkaselepas April atau pada separuh kedua 2025,” katanya.
— BERNAMA