Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

afce29e08d0df045e3b20998e4beb77f600b8bc425190

KUALA LUMPUR, 26 Feb(Iteenews) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivativesditutup rendah dua hari berturut-turut berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepadaUS$2,917.20 setiap auns troy daripada US$2,938.80 pada Selasa, manakala kontrak Mac2025 turun kepadaUS$2,922.30 setiap auns troy daripada US$2,943.90 setiap auns troy sebelum itu.

KontrakApril 2025, Mei2025 danJun2025 merosot kepada US$2,935.0 setiap auns troy daripadaUS$2,954.30 setiap auns troy pada Selasa.

Jumlah dagangan meningkat kepada 64 lot daripada 51 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 95 kontrak daripada 63 kontrak sebelum itu.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 25Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,933.25 setiap auns troy.

— BERNAMA