Kredit : Neurogine
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Jan (Iteenews) ––Neurogine Sdn Bhd dan perkhidmatan pos nasional Indonesia, PT Pos Indonesia bersama-sama memperkenalkan Neurogine nRemit, perkhidmatan pengirimanwang mudah alih yang direka khas untuk komuniti Pekerja Migran Indonesia (PMI) di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif NeurogineOwen Chen Chee Onnberkata kerjasama ini bagi menangani keperluan ekonomi dan sosial pekerja Indonesia di Malaysia apabilaramai dalam kalangan mereka mengirimwang secara berkala ke kampung halaman.
"Ini menyumbang kepada ekonomi Indonesia dan memperbaiki kehidupan keluarga mereka," katanya kepada Iteenews hari ini.
Neurogine dilantik sebagai rakan teknologi Pos Indonesia dan sebagai wakil penyedia perkhidmatan pengiriman wang di Malaysia pada November 2023.
Pelaksanaan Neurogine nRemit akan dilakukan dalam tiga fasa iaitupertama di Sabah dan Sarawakdiikuti Kuala Lumpurserta terakhir di Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Chen berkata perkhidmatan berkenaanyang kini disepadukan ke dalam aplikasi mudah alih Pospay milik Pos Indonesia, dibangunkan dengan kerjasama QQ Pay Sdn Bhd iaitupengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang berlesen di Malaysia.
Beliau berkata, kerjasama ini meningkatkan perkhidmatan kewangan digital Neurogine di Malaysia.
Selain itu, katanya, pihak berkepentingan utamatermasuk Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur serta pelbagai konsulat dan persatuan buruhdiberi taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif tersebut.