Neurogine, PIKAP Bekerjasama Dalam Program Penghantaran Wang Rentas Sempadan Pada 2025

b3b165eb8035b349fc3bf4159578670f6752d4988f70fKredit: Neurogine Group

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 6 Dis(Iteenews) –Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), yang mewakili agensi pekerjaan asing utamadi negara ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Neurogine Sdn Bhd untuk memulakan program pengiriman wang rentas sempadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NeurogineOwen Chen berkata kerjasama ituyang menyasarkan Indonesia dan Myanmar, bakal dimulakan pada suku pertama 2025 denganmemanfaatkan penghantaran wang yang semakin meningkat antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata dengan 110 ahli aktif, PIKAP mewakili pihak berkepentingan yang penting dalam sektor pekerjaan buruh asing, terbabit dengan Jabatan Tenaga Kerja di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Chen berkata kerjasama itu juga sejajar dengan usaha pendigitalan berterusan antara Bank Negara Malaysia dan Bank Indonesia.

Beliau menambah kedua-dua bank pusat berkenaan telah mengukuhkan kerjasama sistem pembayaran, susulanpelancaran rangkaian pembayaran QR rentas sempadan pada Mei 2023.

“MoU ituditandatangani hari ini di ibu pejabat PIKAP di Kuala Lumpur, dan kerjasama ini akan meningkatkan kesedaran tentang Neurogine nRemit, teknologi kiriman wang berasaskan mudah alih kami yang telah berjaya digunakan melalui POSPAY PT Pos Indonesia dan perniagaan perkhidmatan wang berlesen yang lain,” kata Chen kepada Iteenews hari ini.

Beliau berkata Neurogine telah mencapai beberapa kejayaan, termasuk pensijilan di bawah Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS).

Beliau menambah penyelesaian Neurogine n2Tap syarikat, yang disahkan sebagai Penyelesaian Pembayaran Mudah Alih pada Komersial off-the-shelf (MPoC), adalah salah satu daripada14 penyertaan global dalam senarai PCI DSS.