Nestcon Bhd
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Iteenews) — Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhNestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt(MWac) diBongawan diKimanis, Sabah.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, Nestcon berkata pihaknya telah menerima surat makluman daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) pada 19 Dis,2024.
LSSPV itu akan beroperasi di bawah perjanjian pembelian kuasa (PPA) selama 25 tahun dengan tarikh operasi komersial tidak lewat dari30 Nov, 2026.
“Di samping itu,projek berkenaan perlumemenuhi keperluan garis masa tertentu, termasuk tempoh bagi pelaksanaan PPA, masa mencapai penutupan kewangandan penyerahan bon komitmen kepada ECOS berkaitan projek itu," kata Nestcon.
Syarikat itu berkata projek berkenaan akan dibiayai menerusi dana yang dikumpulsecara dalaman serta pinjaman bank.
Projek itu juga dijangka menyumbangsecara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan hutang syarikat sepanjang tempoh pelaksanaannya, katanya.
— BERNAMA