Negeri Sembilan Komited Segerakan Industri Bernilai Tinggi

51607bd2959001bfe6039b6f55a8ece566d29d0f74b44Kredit: Pejabat SUK Negeri Sembilan

Oleh Siti Fauziah Hasan

SEREMBAN, 31 Ogos (Iteenews) — Kerajaan Negeri Sembilankomited memperkukuh produktiviti dengan menyegerakan peralihan kepada industri bernilai tinggi sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri, kataMenteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkataindustri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi akan dimantapkan berdasarkantujuh kluster iaitu semikonduktor, aeroangkasa, maritim, kenderaan tanpa pemandu, kenderaan elektrik, bandar pintar sertahub logistik minyak dan gas.

Aminuddin berkata selain itupada tahun lepas,Negeri Sembilan merupakan penyumbang kelima tertinggi sektor pembuatan negaraiaitusebanyak 5.4 peratus dan kecemerlangan itu harus diteruskan pada tahun seterusnya.

“Sektor ini mencatatkan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 1.2 peratus iaitu daripada RM19.4 billion pada2022 kepada RM19.6 billion tahun lepas.

“Secara keseluruhannya, iamerupakan sektor pemacu yangmemberi kelebihan kepada pertumbuhan sektor huluan dalam rantaian perbekalan. Sektor pembuatan berdaya maju membawa lebih banyak penyelidikan dan pembangunan, inovasi, produktiviti dan barangan eksport,” katanya kepada Iteenews.

Beliau berkata sektor itu jugaantaraterpenting kepada negeri dengan sumbangandirekodkan berjumlah 75 peratus atau RM7.6 bilion manakala sektor perkhidmatan menyumbang25 peratus iaituRM2.5 bilion pada tahun lepas.

Aminuddinyang juga Pengerusi Jawatankuasa BertindakPelaburan,Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata sebanyak 189 projekdiluluskan dengansektor pembuatan menyumbang 38 projek manakala perkhidmatan 151 projek,membabitkan 3,250 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau berkataNegeri Sembilan turut merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 1.8 peratus tahun lepas berbanding5.6 peratus pada 2022 dengan sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada peratusan KDNK itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *