MYEG, Heitech Padu Mula Bekerjasama Laksana Projek e-kerajaan

df8e993989889accbd487577e30f3b175f75ea4c3b97d

KUALA LUMPUR, 21 Okt(Iteenews) — MYE.G Services Bhd (MYEG) dan Heitech Padu Bhd hari ini mengumumkan permulaan kerjasamakedua-dua syarikatbagimemastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia.

MYEG dalam maklumankepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerjasama tersebutselaras dengan Perjanjian Kerjasamayang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada 15 April 2024.

“Perjanjian itu membuka jalan kepada kedua-dua syarikat untuk menggabungkan kekuatan dan kepakaran masing-masing dalam memenuhi amanah yang diberikan bagimelaksanakan projek e-kerajaan yang penting.

"MYEG dan Heitech Padu menyasarkan bekerja secara sinergiuntuk menerapkanteknologi yang paling inovatif dalam memangkinrevolusi digital sektor awam dan akhirnya membolehkan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada pengguna akhir pada tahap yang sentiasa tinggi," katanya.

Baru-baru ini, HeiTech Padu memperoleh kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk membina, membekal, menghantar, memasang, konfigurasi, menyepadukan, menguji dan mengoperasikan perkakasan, perisian dan sistem digitalnya.

Syarikat itu turut mendapatprojek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIse) daripadaJabatan Imigresen Malaysia bernilai RM892.19 juta.

"Setelah memulakan operasi hampir 25 tahun lalu, MYEG berharap untuk menggunakan rekod prestasi terbukti dan keupayaan teknologinya bagimenyokong sertamelengkapkan Heitech Padu untuk manfaat semua pihak berkepentingan," kata MYEG.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *