MYEG Catat Untung Bersih RM697.55 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

364dec22511a39f7bb01f0e0e0a5669f64259dcd622af

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Iteenews) –My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitusebanyak RM697.55 juta bagitahun kewangan berakhir 31 Dis,2024berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Penyedia perkhidmatan digital e-kerajaan dan komersial itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini berkata, perolehansyarikat meningkat kepada RM1.02 bilion daripadaRM774.26 juta sebelumnya.

Syarikat tersebut turutmengaitkan peningkatan keuntungan bersih dan perolehannyadaripadasumbangan yuran perkhidmatan aplikasi web3 menerusiplatform blok rantai Zetrix seperti ZTrade, ZCertserta pendaftaran dan transaksi ID Digital.

MyEG berkataprestasi berkenaanjuga dibantuoleh jualan token Zetrix selainpengiktirafan keuntungan nilai saksamadaripada pelaburan dalam HeiTech Padu Bhd.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2024, keuntungan bersih MYEG naikkepada RM181.13 juta daripadaRM150.16 juta dalam tempoh yang sama pada tahun kewangan 2023.

Perolehan juga melonjakkepada RM293.53 juta daripadaRM222.04 juta.

Dalam pada itu, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis,2025, MYEG menjangka untuk terus memperkenalkan perkhidmatan inovatif dengan memanfaatkan teknologi baharukhususnya teknologi kecerdasan buatankepada aplikasi dan infrastruktur blok rantaiatau Web 3.0 di Malaysia sertadi seluruh dunia.

— BERNAMA