Mycron Steel Meterai MoU dengan Pengeluar Keluli Jepun JFE Steel

915cc5034b79e0eb9c8bc8992754d68b66ed4281ceae0

KUALA LUMPUR, 20 Sept(Iteenews) –Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli JepunJFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulanMycron SteelRoshan Mahendran Abdullah berkata MOU itu menandakan perjalanan syarikat itu ke arahrevolusi keluli hijau baharu.

"Ini permulaan perjalanan kami. Ketika ini, ia hanya akan melibatkan peratusan kecil keseluruhan pengeluaran kami, tetapi kami yakin dalam lima tahun akan datang, permintaan keluli hijau akan meningkat dua setengah kali berbanding ketika ini.

"Menjelang 20230, keluli hijau akan menyumbang sehingga 25 peratus jumlah keluli global," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MOU itu di sini hari ini.

Sebahagian daripada inisiatif syarikat itu Roshan Mahendran berkata Mycron merancang untuk melancarkan produk keluli hijau yang dipatenkan sendiri menjelang tahun depan.

Pengguna akhir yang menggunakan produk keluli hijau yang dipatenkan ini bolehmengurangkan jejak karbon mereka, katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Mycron Steel berkata ia akan menyepadukan keluli hijau JGreeXTM JFE Steel ke dalam proses pengeluarannya.

Ia berkata keluli hijau JGreeXTM menggunakan pendekatan pengimbangan jisim untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dengan ketara merentasi keseluruhan rantaian pengeluaran keluli.

Kaedah pengimbangan jisim ini mematuhi garis panduan Persekutuan Besi dan Keluli Jepun, yang memastikan faedah terhadap alam sekitar dikira dan disahkan dengan tepat oleh organisasi bebas ClassNK, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *