MSM Catat Prestasi Bercampur-campur Dalam Tempoh Lapan Bulan Pertama Tetapi Harga Naik 3.1 Peratus Kepada RM4,005 – MPOB

39da0701d97b3405e6f39887a8164686668103735f47e

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Okt(Iteenews) — Industri minyak sawit Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, dilihat daripada harga dan pengeluaran yang lebih tinggi serta peningkatan hasil yang ketara.

Bagaimanapun, industri berdepan cabaran seperti kawasan tanaman yang berkurangan dan penurunan kadar perahan minyak (OER).

Industri mencatatkan eksport dan pendapatan yang lebih tinggi dalam tempoh itu berikutan kenaikan harga minyak sawit global, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Antara Januari dan Ogos, harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat 3.1 peratus atau RM121.50 kepada paras tertinggi pada RM4,005.50 satu tan daripada RM3,884 dalam tempoh sama pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah MPOBDatuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir kepada Iteenews.

Walaupun industri berdepan cabaran berkaitan kawasan tanaman dan OER, katanyaia mencatatkan peningkatan yang ketara untuk hasil tandan buah segar (FFB), pengeluaran MSMserta prestasi yang kukuh dari segi jumlah eksport dan pendapatan.

Minyak makan yang paling banyak digunakan di dunia, industri minyak sawit menyumbang purata 5 hingga 7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sejak lima tahun lepas serta menyediakan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung kepada lebih tiga juta orang.

Ahmad Parveez berkata sehingga Ogos, kawasan tanaman kelapa sawit berkurangan sebanyak 51,541 hektar atau 0.9 peratus, menjadikan jumlah kawasan tanaman kepada 5.60 juta hektar, turun daripada5.66 juta hektar dicatatkan pada Ogos 2023.

“Kawasan sawityangmatang mewakili 90.8 peratus daripada jumlah kawasan tanaman, sebanyak5.09 juta hektar berbanding5.15 juta hektar (91.0 peratus) dalam tempoh sama pada tahun lepas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *