Kredit: MRCA
PUTRAJAYA, 7 Mac (Iteenews) — Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA)dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.
MRCA menjelaskan pihaknya dan DOSM membincangkan pelaksanaan kajian khusus untuk menumpukan aspek utama industri runcitseperti peruncitan fizikal, makanan dan minuman, e-dagang dan pendigitalan runcit serta pengembangan dan pembangunan francais ketikapertemuan di pejabat DOSM baru-baru ini.
Persatuan itu memaklumkan menerusi langkah memanfaatkan rangkaian lebih 500 ahli MRCA, kajian itubertujuan menyediakan pandangan terperinci dan bersegmen mengenai dinamik industri runcit.
“Matlamatnya adalah memperkukuh perniagaan dengan data yang tepat dalam membuat keputusan yang lebih strategik dan perancangan pertumbuhan yang lebih teratur,” menurut MRCA dalam kenyataan pada Jumaat.
Timbalan Presiden MRCA Datuk Liew Bin berkata akses kepada data yang tepat dan tepat pada masanya adalah penting untuk mengharungi perubahan pasaran dengan berkesan.
Beliau berkata kerjasama dengan DOSM menandakan satu pencapaian penting dalam melengkapkan industri itudengan gambaran yang tepat untuk pertumbuhan mampan.
“Berasaskan statistik yang terperinci, kita dapat memahami tingkah laku pengguna dengan lebih baik, mengoptimumkan rantaian bekalan, dan mencipta kerangka yang secara langsung memberi manfaat kepada peniaga dan pemilik francais,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Ketua Perangkaan DOSM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menekankan kepentingan untuk meningkatkan Sistem Statistik Negara.
“Data yang boleh dipercayai dan spesifik adalah asas kemajuan ekonomi negara. Langkah memperkukuh kerjasama dengan MRCA bertujuan mencipta kerangka statistik yang lebih terperinci dan memperkukuh potensi dalam bidang ini serta memberi manfaat kepada peserta industri runcit,” katanya.