Gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Okt(Iteenews) — Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil melebihi RM4,000 satu tan metrikpada Oktober walaupun dalam persekitaran ketidaktentuanpasaran yang berlanjutan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Selain ketidaktentuan pasaran,MPOC mengaitkan kenaikan harga itu disebabkan penurunan ketara tahun ke tahun dalam inventori minyak sawit Malaysia.
“Faktor utama yang mempengaruhi penawaran dan permintaan minyak sawit menjelangke suku akhir 2024 termasuk tahap inventori minyak sawit India, dasar biodiesel B40 Indonesia dan trend pengeluaran dan penggunaan global bagi empat minyak sayuran utama pada 2025,” kata MPOC dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, MPOCmemberi amaran bahawa harga tenaga yang lemah, lebihan bekalan minyak kacang soya dan premium harga minyak sawit berbanding minyak campuranmungkin mengehadkan kenaikan harga selanjutnya.
Ia juga berkatabahawa prestasi eksport yang kukuh danmusim puncak pengeluaran awaldi Malaysia telah menyumbang kepada harga yang menggalakkan bagi minyak sawit, mencecah setinggi RM4,400 setan metrik pada bulan Oktober.
Musim puncak pengeluaran minyak sawit Malaysia adalah pada Ogos tahun ini, dua bulan lebih awal daripada tiga tahun lepas, pada kebiasaannyaberlaku pada Oktober, kata MPOC.
“Pengeluaran minyak sawit pada September merosot 3.8 peratus kepada 1.82 juta tan metrik dengan pengurangan bermusim selanjutnya dijangka sehingga akhir tahun.
“Walaupun pengeluaran menurun, eksport minyak sawit Malaysia kekal kukuh, mencatatkan peningkatan sederhana sebanyak 0.9 peratus kepada 1.54 juta tan metrik. Eksport pada September mencatatkanpertumbuhan tahun ke tahun sebanyak27.3 peratus…ia adalah pencapaian memberangsangkan,” katanya.
Dari Januari hingga September 2024, pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 1.15 juta tan metrik (8.7 peratus) manakala eksport melonjaksebanyak 1.41 juta tan(12.9 peratus).