MPOC Jangka Cadangan Tangguh Pelaksanaan EUDR Akan Diluluskan Parlimen EU

e0bd724718a81cf5b19be1606ee1b8596718def13de44–fotoBERNAMA

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Iteenews) — Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkanpelaksanaanPeraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menurut MPOC, peruntukan EUDR terhadap permohonan itu akan diundi di Parlimen EU.

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Belvinder Sron berkata Majlis EU telah meluluskan penangguhan pelaksanaan EUDR sehingga 30 Disember2025sebagai responkepada tekanan daripada pengeluar komoditi global, negara anggota EU dan perniagaan.

Dua keputusan mungkin akan terhasil daripada undian Parlimen EU, katanya.

“Pertama, lanjutan masa 12 bulan permohonan EUDR diterima tanpa pindaan, melanjutkan tempoh peralihan sehingga 30 Disember 2025 untuk semua pihak berkepentingan dan sehingga 30 Jun 2026 bagiperusahaan kecil dan sederhana EU.

“Kedua, lanjutan masa itu diterima, bagaimanapundengan perlindungan tambahan untuk memastikan semua pihak berkepentingan memenuhi komitmen dan tanggungjawab mereka,” katanya kepada Iteenews.

Belvinder berkata lanjutan masa itu boleh digunakan untuk menangani beberapa isu, antaranyaberusaha memastikanpengecualian EUDR untuk pekebun kecil direalisasikan, memastikan merekaterlibat dalam rantaian bekalan antarabangsa, meletakkan kriteria penanda aras yang telusdan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) diterima sebagai alat pematuhan untuk EUDR.

“Penambahbaikanini berbandingEUDR akan memudahkan akses pasaran bagi minyak sawit Malaysia ke EU,” katanya.