Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuba kenderaan \’Agroporter\’ selepas merasmikan Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
KUCHING, 14 Okt (Iteenews) –Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) denganLembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) danMygro Trading Sdn Bhd bagi penyelidikan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan berasaskan sawit serta mencegah ancaman penyakit tanaman.
Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk SeriJohariAbdul Ghani berkata kerjasama pengkomersialan teknologi makanan dengan Salcradapat mengurangkan penggunaan bahan mentah import seperti jagung dan dedak kacang soya.
Menurutnya kajian dan pengkomersialan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan diberikan keutamaan sebagai antara langkah untuk menangani kenaikan harga bekalan makanan ternakan.
“Bagi tujuan ini, MPOB danSalcra telah menjalin kerjasama untuk mengkomersialkan teknologi formulasi pelet makanan ternakan lembu pedagingberasaskan sawit yang dibangunkan oleh MPOB.
“Pengkomersialan teknologi makanan ternakan berasaskan sawit dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah import seperti jagung dan dedak kacangsoya,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Program Pemindahan TeknologiSawit (TOT) Sarawak 2024di sini hari ini yang disempurnakan olehPremier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan MenteriPerladangan dan KomoditiDatuk Chan Foong Hin.
Hadir sama ialahMenteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
TOT Sarawak 2024 menggalakkanpengkomersialan teknologi dalam industri sawit oleh penggiat industri sawit dan usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana di negeri ini.
Sementara itu, Johari berkata bahan mentah yang diimport akan digantikan dengan produk berasaskan sawit seperti tandan buah kosong dan dedak isirung sawit untuk menghasilkan pelet makanan yang dilengkapkan nutrisi bagi haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan ayam.