Ketua Pengarah Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir
Daripada Siti Noor Afera Abu
ROTTERDAM, 11 Sept(Iteenews) — Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) giat membangunkan penyelesaian teknologi untuk membantu pekebun kecil memenuhi syarat tambahan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata EUDR, yang berkuat kuasa pada Jun2023, memperkenalkan syarat baharu untuk geolokasi dan kebolehkesanan.
“Mengenai penebangan hutan, pekebun kecil perlu memenuhi piawaian berkaitan penebangan hutan. Bagaimanapun, antara cabaran terbesar terletak pada geolokasi, pemetaandan data poligonserta kebolehkesanan,” katanya kepada pemberita Malaysia pada Persidangan Minyak Sayuran Lestari(SVOC) ke-3, anjuran Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit(CPOPC).
Ahmad Parveez berkata MPOB sedang menjalankan pemetaan kanopi untuk mendokumentasikan kawasan penanaman kelapa sawit dengan tepat.
“Kami sedang membuat persediaan untuk perubahan dengan menggunakan imej satelit untuk mengenal pasti semua ladang kelapa sawit. Kami dapat membezakan kelapa sawit daripada tanaman lainseperti kelapa, berdasarkan teknik penanaman.
“Dengan menganalisis jarak tanaman, kami juga dapat menganggarkan usia pokok,” katanya.
EUDR: Cabaran kepada Pekebun Kecil