MOT Bekerjasama Dengan Syarikat Penerbangan Lain, Kekalkan Kekerapan Penerbangan — Loke

bd9256ae6a6bd986ee3da894e7a4297b66a78af2707c3Anthony Loke Siew Fook

SEPANG, 3 Sept (Iteenews) — Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain bagi mengekalkan atau menambah kekerapan penerbangan mereka.

Ini berikutan langkah diambilMalaysia Aviation Group (MAG) yang dilaporkan akan mengurangkan rangkaian penerbangan mereka untuk sementara waktu bermula Septemberhingga Disember 2024.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkatalangkah yang diambil MAG adalah satu keperluan untuk syarikat itu mengatasi isu-isu teknikal yang berlaku.

"Seperti yang saya terangkan, ini adalah satu langkah drastik yang diambil oleh pihak MAG, bukan mereka suka-suka mengambil langkah ini (tetapi) oleh sebab banyak isu-isu teknikal yang melanda, mereka terpaksa mengambil langkah ini untuk mengurangkan penerbangan dalam beberapa bulan ini, supaya mereka boleh memastikan pesawat-pesawat ini dihantar untuk penyenggaraan dan sebagainya.

"Kita juga menjangkakan ada pesawat-pesawat baharu yang akan tiba dalam masa satu atau dua bulan lagi.

“Jadi ini (pengurangan rangkaian penerbangan) hanya langkah sementara, ia bukanlangkah kekal tetapi hanya langkah sementara untuk beberapa bulan,"katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Capsule Transit MAX, di sini hari ini.

Loke berkata dalam masasamaorang ramai boleh mendapatkan tiket penerbangan dari syarikat penerbangan lain seperti AirAsia, Batik Air dan sebagainya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail dilaporkan berkataMAG mengalami cabaran kekurangan tenaga kerja mahir selepas banyak pemain tempatan serta antarabangsa baharu dalam bidang penyelenggaraan,pembaikan dan baik pulih (MRO) mula memasuki pasaran Malaysia.

Dalam usahamenangani isu tersebut, kumpulanitu bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menambah tenaga kerja kejuruteraan mahir termasuk menambah baik pakej imbuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *