Mohamad Salim Fateh Din Dilantik Pengerusi LPPR SPRM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Iteenews) –Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim FatehDin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah(LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Feb lepas.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 1 Feb2028, menurut maklumat di laman web SPRM.

Pemaklumanpelantikan itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRMTan Sri Azam Baki dalam satu pertemuan dengan Mohamad Salim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Hadir samaPengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRMRasidah Abdul Karim.

Menurut SPRM, pelantikan Mohamad Salim adalah atas perkenanYang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini.

Ad Banner

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA