MNRB Lantik Sulaiman Mohd Tahir Sebagai Pengerusi Baharu

389548174bdc5824487e52d252922a6267af45e066567Datuk Sulaiman Mohd Tahir

KUALA LUMPUR, 14 Feb(Iteenews) — MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank GroupDatukSulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Sulaiman juga akan akan memegang jawatan PengerusiBukan Bebas dan Bukan EksekutifMalaysian Reinsurance Bhd (MalaysianRe) juga berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikanDatuk Johar Che Mat yang meletak jawatansebagai Pengerusi MNRB dan Malaysian Re pada 12 Feb, 2025.

MNRB berkataSulaiman membawa kepakaran yang meluas ke dalam peranan baharunya selepas berkecimpung selamalebih 30 tahun dalam sektor kewangan Malaysia.

“Latar belakang beliau yang luas dalam bidang perbankan dan kewangan, bersama komitmennya terhadap kecemerlangan, akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan berterusan MNRB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman sebelum inimemegang beberapa jawatan kepimpinan yang terkenal, termasuk Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

MNRB turut merakamkan penghargaan kepada Johar atas perkhidmatan yang berdedikasi dan sumbangan yang tidak ternilai kepada MNRB dan Malaysian Re.

“Beliauakan terus berkongsi kepakaran dan pandangannya dalam kumpulan sebagai Pengerusi anak-anak syarikat kumpulan, Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General,” kata MNRB.

— BERNAMA