KUALA LUMPUR, 21 Jan (Iteenews) –MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM115.9 juta pada suku ketiga berakhir 31 Dis,2024 (suku ketiga tahun kewangan 2025), peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding RM84.6 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
MNRB dalam satu kenyataan hari iniberkata prestasi kukuh tersebut dipacuterutamanya oleh keputusanperkhidmatan insurans yang lebih tinggi dan pengalaman tuntutan yang lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehannya meningkat sebanyak 15.8 peratus kepada RM936.7 juta berbanding RM808.6 juta padasuku ketigatahun kewangan 2024, disumbangkan oleh pertumbuhan dalam segmen insurans semula dan takaful am.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih kumpulan MNRB mencapai RM300.8 juta,pertumbuhan kukuh sebanyak 54 peratus berbanding RM195.7 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
MNRB mengaitkan pencapaian ini dengan peningkatan hasil perkhidmatan insurans/takafulterutamanya dari segmen insurans semula dan takaful amyang menekankan pendekatan penaja jaminyang seimbang dan berdisiplin.
Selain itu, kumpulan mencatatkan perolehansebanyak RM2.9 bilion, mencerminkan peningkatan sebanyak 11.5 peratus berbanding RM2.6 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama, dipacuoleh segmen insurans semuladan takaful am.
Kumpulanitu berkata prestasi cemerlangnya terserlahdalam peningkatan ketara pulangan tahunan atas ekuiti yang melonjakdari 9.6 peratus kepada 12.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, Pengerusi MNRB Datuk Johar Che Mat berkata kumpulan mengekalkan prestasi kukuh padasuku ketiga tahun kewangan 2025yang menunjukkan keberkesanan dalam menyelaraskan visi strategiknya selainberjaya melaksanakan inisiatif utama yang memberi tumpuankepada pertumbuhan yang menguntungkan.
"Melalui perniagaan insurans semula / takaful semula dan takaful kami, kami berjaya memperluaskan kehadiran pasaran kami, memasuki wilayah geografi dan segmen pasaran baharu sambil turut mempelbagaikan tawaran produk.