MJets Air, All Nippon Airways memeterai perjanjian strategik

4c3b7859a26936b52794d60544d49dd566b9ebbe7462e

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Iteenews) — Anak syarikat MMAG Holdings Bhd, MJets Air Sdn Bhd,telah merasmikan perjanjian trafik antara talian bilateral dengan All Nippon Airways Co Ltd (ANA) Jepun.

MMAG melalui satu maklumankepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan perkongsian strategik itu akan memanfaatkan gabungan kekuatan serta rangkaian kedua-dua syarikat penerbangan untuk mengoptimumkan operasi kargo, proses selain meningkatkan kecekapan keseluruhan.

“Perjanjian itu dijangka mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia Tenggara, China, Jepundan rantau Asia yang lebih luas, memastikan aliran kargo yang lebih lancar merentas pasaran utama sambil membenarkan syarikat penerbangan terbabit menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif dengan memanfaatkan kapasiti kargo masing-masing,” katanya.

Di bawah terma perjanjian itu, MJets Air dan ANA akan mengangkut penghantaran masing-masing pada laluan yang ditetapkan, dengan caj serta terma yang akan ditentukan berdasarkan kargo sebenar yang dibawa semasa tempoh sah perjanjian.

Perjanjian itu telah berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2024sehingga ianya ditamatkan oleh mana-mana pihak.

Perkongsian itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada keseluruhan aset bersih masa depan dan pendapatan kumpulan MMAG bagi kewangan tahun berakhir 30 Sept 2024.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *