Mitsubishi Power Mahu Perluas Kepakaran Turbin Gas Di Rantau Ini

8c32c7d1649c15b54e5e007ca13be60667064aece5e7aAkihiro Ondo – Kredit: Mitsubishi Power Asia Pacific

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Iteenews) — Mitsubishi Power Asia Pacific Pte Ltd menyasarkan untuk mengembangkan kepakarannya dalam turbin gas di Asia Tenggara susulan potensi meluas penggunaan gas asli dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Akihiro Ondo berkata ini juga sejajar dengan kemampuan turbin gas syarikat berkenaan melakukan pembakaran bersama hidrogen sehingga 30 peratus.

“Kami menjangkakan potensi penggunaangas asli atau LNG yang besar di Asia Tenggara. Inilah penyelesaian tradisional sebenar bagi rantau ini dan pemilik loji boleh memulakan operasi dengan menggunakan sepenuhnya gas asli atau LNG.

“Apabilarantaian bekalan hidrogen menjadi berdaya maju dari segi ekonomi, loji berkenaan dapat memulakan pembakaran bersama denganhidrogen sehingga 30 peratus dan secara beransur-ansur ditingkatkan kepada 50 peratusdan sehingga100 peratus, bergantung kepada perkembangan rantaian bekalan," katanya kepada Iteenews dalam temu bual eksklusif di luar acara Enlit Asia 2024 di sini.

Acara tahunan serantau yang berlangsung pada 8-10 Oktober, menghimpunkan keseluruhan rantaian tenaga di bawah satu platform.

Ondo yang menerajui syarikat berkenaan sejak April 2023 juga menjangkakanpertumbuhan ketara di rantau Asia Pasifik, terutamabagi pasaran Asia Tenggara sepertiMalaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

“Malaysia misalnya akan menikmati tambahan penjanaan tenaga secara berterusan,” katanya yang turut merujuk kepada kontrak terbaru yang diperoleh syarikat itu pada Ogos lepas.

Mitsubishi Power mendapat kontrak bagi membekal turbin gas dan stim untuk loji janakuasa kitaran gabungan turbin gas (GTCC) berkapasiti500-megawatt (MW) diMiri, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *