KUALA LUMPUR, 4 Mac(Iteenews) –Kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnyabagimenentukan sama ada undang-undang Malaysia dilanggar berhubungdakwaan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekatoleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu menegaskan Malaysia mematuhi dan menghormati semua peruntukan undang-undang yang dipersetujui secara pelbagai halamengenai perdagangan.
Namun, katanya, negara ini juga mempunyai sistem yang kukuh untuk memantau dan mengawal eksport, transit, pemindahan semuladan perantara barang-barang strategik di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010).
"MITI ingin menegaskan Malaysia tetap tegas menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram selainkekal komited untuk mempermudahperdagangan yang sah sertamemupuk destinasi pelaburan yang selamat danbertanggungjawab.
"Selain itu memastikan semua pelaburan yang berkaitan dengan teknologi seiringdengan amalan terbaik antarabangsaserta mematuhi undang-undang dan peraturan yang dipersetujui secara pelbagai hala," katanya.
Pada masa yang sama, MITI akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari kaedahyang berkesan bagi menangani isu perdagangan melibatkan cip yang disekatoleh AS.
"Walaupun Malaysia mengekalkan pendirian neutral terhadap sekatansatupihak, syarikat yang beroperasi di Malaysia bagaimanapun dinasihatkanmenyedari mengenaikawalan eksport pelbagai halanegara lain yang terpakai kepada aktiviti perniagaan antarabangsa merekabagi mengelakkan sekatan sedemikian terhadap barang atau perkhidmatan mereka," katanya.
Pada Isnin lepas, dilaporkan cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan didakwadipindahkan ke Malaysia dari Singapura.
Cip tersebut didakwaditanamdalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikatyang berpangkalan di Singapura sebelum dihantar ke Malaysia, menurut laporan berita dari Singapura.