KUALA LUMPUR, 3 Mac(Iteenews) –Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapurake Malaysia.
"Kami akan mengeluarkan kenyataansebaik sahaja kami mendapat butiran terperincimengenainya," kata kementerian itu hari ini menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.
Pada Isnin, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam dilaporkan berkatapelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dipindahkanke Malaysia.
“Persoalannya ialahsama ada Malaysia adalah destinasi terakhir, atau, dari Malaysia, ia dihantarke tempat lain, yang kita masih tidak pasti pada tahapini.
“Tetapi kami berpandangan mungkinterdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu,” katanya.
Menurut laporan berita Singapura, cip itu dibenamkan dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkanke Malaysia.
— BERNAMA