Kredit : FB Fadillah Yusof
Kredit : FB Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Iteenews) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaranperdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 Osaka.
Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Fadillah Yusof berkata initermasuk melaksanakanpenganjuran majlis menandatangani perjanjian persefahaman yang telah dirancang untuk 2025 di Pavilion Malaysia yang boleh menyumbang kepada pencapaian sasaran yang ditetapkan.
“MITI bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)dan khasnya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) selaku Penyelaras Program Perniagaan perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran ini.
“Semoga pelaksanaan program dan aktiviti di Pavilion Malaysia sama ada daripada kategori perniagaan mahupun bukan perniagaandapat membantu kita untuk mencapai sasaran menarik sekitar 1.5 juta orang pengunjung ke Pavilion Malaysia,”katanya menerusi catatan di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Bil 1/2025 Bagi Penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka, iaitu mesyuarat pertama Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan pada tahun ini sebelum pengoperasian Pavilion Malaysia pada 13 April 2025.
Antara yang hadir dalam mesyuarat itu ialahMenteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Wilayah Persekutuan DrZaliha Mustafa.
Ekspo Dunia 2025 akan diadakan di Osaka, Jepun selama enam bulan bermula 13 April hingga 13 Okt2025.
Fadillah berkatagerak kerja berkaitan perolehan Pavilion Malaysia telah mencapai kemajuan yang signifikan dengan tahap siap kerja pembangunan pavilion itu mencapai 86.7 peratus sebagaimana dijadualkan.
“Saya menaruh harapan yang tinggi dalam penyertaan Malaysia di ekspo ini, yang pada masa ini telah berada padafasa akhir pembangunan pavilion dan pada masa sama beralih kepada persediaan pengoperasian.