MITI Akan Terus Berbincang Dengan Pihak Berkuasa AS Berhubung Kenaikan Tarif Eksport Solar

7cefdf4ef6b8053b1a9f50a8ac13d13d6720e469cbd25Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 29 Okt(Iteenews) –Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu pengilangsolar Malaysia dan syarikat berkaitan yang terjejas olehkenaikan tarif eksport solar Amerika Syarikat (AS)untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah Washington itu.

Menterinya Tengku Datuk Seri ZafrulAbdul Aziz berkata tarif yang lebih tinggi itu telah menjejaskan banyak barisan pengeluaran syarikat solar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pengilangdi Thailand, Kemboja dan Vietnam.

"Jadi kami kini membantu syarikat terbabit dengan mendapatkan lebih banyak maklumat dan kemudian mengadakan libat urus denganJabatan Perdagangan ASuntuk melihat bagaimana kami boleh menyokong syarikatini," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai Pengerusian ASEAN oleh Malaysia (Tonggak Ekonomi) di kementeriannya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jabatan Perdagangan AS menaikkan duti peralatan solar yang dieksport oleh Kemboja, Malaysia, Thailand dan Vietnam, berikutan penemuan awal subsidi kerajaan yang tidak adil yang digunakan untuk menghasilkan peralatan solardijual oleh syarikat di empat negara tersebut.

Washington merancang untuk menaikkantarif import AS ke atas sel solar dan panel China daripada 25 peratus kepada 50 peratus, berhubung dakwaanamalan perniagaan China yang tidak adil.

— BERNAMA