Minyak Sawit Malaysia Pertingkatkan Industri Minyak Makan Pakistan – Johari Ghani

a22b72f0bbf1d063eec26b8611f7851f5e42542aecbb0

KUALA LUMPUR, 11 Jan(Iteenews) –Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata sektor makanan di Pakistan mengalami pertumbuhan yang luar biasa, pada masa ini ia bernilai US$115 bilion (US$1 = RM4.50) dan diunjurkan berkembang pada kadar 7.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Perkembangan ini menyerlahkan peluang minyak sawit Malaysia dan lemak khusus berasaskan sawit untuk menjadi bahan penting dalam memacu inovasi dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penggunaan termaju dalam sektor yang berkembang pesat ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Minyak MakanPakistan Ketujuh di Karachi hari ini.

Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun, dengan minyak sawit menjadi komponen utama dalam pembuatan makanan, serta dalam industri penjagaan diri dan oleokimia.

“Kekuatan Malaysia dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) menempatkan kami sebagai rakan kongsi utama untuk Pakistan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk penggunaan lanjutan dalam industri perkhidmatan makanan.

"Kepakaran kami dalam membangunkan formulasi tersuai membolehkan pengeluar meningkatkan kualiti produk dan memenuhi permintaan unik pasaran Pakistan yang semakin berkembang dengan berkesan," katanya.

Johari turut menekankan perdagangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara denganmenyatakan Pakistan mengimport 798,000 tan minyak sawit Malaysia.

Selain sektor makanan, beliau berkata terdapat potensi besar untuk mengembangkan penggunaan oleokimia berasaskan sawit dalam industri penjagaan diri dan isi rumah di Pakistan.

“Kemajuan Malaysia dalam teknologi oleokimia dan amalan mampan menawarkan peluang terbaik untuk memperkenalkan bahan mentah premium bagi produk-produkseperti sabun, kosmetikdan barangan isi rumah, menyumbang kepada kepelbagaian dan keupayaan pembuatan Pakistan.