Minat PIF Kepada AirAsia Bukti Keyakinan Dalam Pertumbuhan, AirAsia Enggan Ulas 

67b14d5c9e688544fe96dd267b8c7f025f97d32ec05c7

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Iteenews) — Minat Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi terhadap AirAsia menunjukkan keyakinan terhadap prospek kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu, dengan penganalisis penerbangan mengunjurkan pertumbuhan besar sekiranya pelaburan ini diteruskan.

Pakar ekonomi dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur Prof Madya Mohd Harridon Mohamed Suffian yakin bahawa perbelanjaan modal daripada PIF akan banyak membantu AirAsia dalam proses penyusunan semula kewangannya.

Menurut laporan media, PIF dijangka melabur kira-kira US$100 juta dalam AirAsia, menjadikannya penyumbang terbesar kepada pengumpulan dana kumpulan syarikat penerbangan itu, yang menyasarkan kira-kira RM1 bilion (US$226 juta).

AirAsia turut dilaporkan sedang berunding dengan pelabur dari Jepun dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes ketika dihubungi Iteenews untuk mendapatkan penjelasan mengenainya memaklumkan "Tidak akan memberikan apa-apa komen."

Mengulas lanjut mengenai minat PIF, Mohd Harridon berkata ini mencerminkan potensi AirAsia untuk berkembang dan meraih perolehan yang besar.

“Cabang pelaburan seperti PIF pada kebiasaannya mempunyai proses usaha wajar yang tegas dan menyeluruh dalam menilai kebolehlaksanaan pelaburan mereka dan memastikan keuntungan kewangan yang ketara.