Kredit: FB MATRADE HQ
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan edisi keduaperingkat antarabangsa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) diShanghai, China.
MATRADE dalam kenyataan hari ini berkata MIHAS@Shanghai dijadualkan berlangsung mulai 5 hingga 10 November ini, yang dianjurkan bersempena dengan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 2025.
"Acara berprestij ini menyediakan platform utama bagi perniagaan Malaysia untuk mempamerkan produk dan meluaskan keberadaanpasaran mereka di China, seterusnya meningkatkan daya saing mereka di peringkat global," katanya.
Pameran MIHAS@Dubai telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai pada18 hingga 20 Nov2024.
Mengulasselanjutnya MATRADE berkata, bersempena dengan penyertaannya dalam acara itu, iatelah memeteraimemorandum persefahaman (MoU) dengan Biro CIIE untuk memperteguh hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.
“Majlis pemeteraian itu berlangsung di Persidangan Promo CIIE ke-8 di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang melambangkan komitmen kedua-dua pihak untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan menambah baik akses pasaran untuk pengeksport Malaysia,” katanya.
MoUberkenaan dimeteraiantara Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MATRADEAbu Bakar Yusof dan Pengurus Besar Jabatan Pameran CIIEFang Hui,disaksikan oleh Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, CEOMATRADEDatuk Mohd Mustafa Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Eksekutif CIIE Wu Zhengping.
Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan gabungannya yang kukuhsecara strategik, mempercepatpertumbuhan bersama dan mencipta peluang baharu demi kejayaan.
"Menerusi acara antarabangsa, syarikat Malaysia akan mendapat laluan terus untuk mengembangkan jangkauan pasaran ke China dan sekitarnya.