MIHAS 2024: 18 Syarikat Sertai Pavilion Taiwan Pamer Produk Miliki Sijil Halal

3d653046f62392b34d1b4e9352e6711966e95a719da74 Taiwan Halal Food Industry at MIHAS –fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED bde2caf403f03e9b35898a4b0dc010c466e95ac2c99be Taiwan Halal Food Industry at MIHAS–fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Iteenews) –Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mempamerkan produk mesra halal daripada 18 syarikat dari Taiwan di Pavilion Taiwan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2024), yang diadakan dari 17-20 Sept 2024.

Sebanyak 60 produk terdiri daripada makanan dan barangan kecantikan hingga detergen dipamerkan di astaka itu, memperlihatkan peningkatan penyertaan Taiwan dalam pasaran halal global.

Jurucakap TAITRA berkata Taiwan mencapai kemajuan ketara dalam memajukan pasaran halalnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pencapaianitu dapat dilihat apabila ia mendudukitempat ketiga dalam Indeks Perjalanan Muslim Global 2024 untuk destinasibukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mencerminkan peningkatan daya tarikannya kepada pengembara Islam.

"Sejak penubuhan Pusat Halal Taiwan lapan tahun lepas, perniagaan yang disahkan halal melonjak daripada 700 kepada lebih 1,000.

"Terdapat lebih 20,000 produk yang disahkan halal dari Taiwan, dengan 80 peratus daripadanya mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya kepada pemberita ketika lawatan ke astaka itu hari ini.

Antara produk yang dipamerkan ialah teh buah kundurForever Sweety; rangkaian pes Fufann yang meningkatkan rasa pelbagai hidangan; dan minyak biji teh Meishan yang sesuai untuk penyediaanhidangan Timur dan Barat.

Selain itu, produk enzim Be Rich Biotechnology serta makanan laut sejuk beku berkualiti tinggi dan makanan siap dimakan Land Young, jenama yang berada lebih 40 tahun dalam pasaran Taiwan turut dipamerkan dipavilion berkenaan.

Pihak yang berminat untuk menghubungi syarikat halal Taiwan boleh hubungi pejabat Pusat Dagangan Taiwan Kuala Lumpur atau Pusat Halal Taiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *