MIGHT, UCSI Lancar Buku \”Science Diplomacy In The Global South\”

–photoFB MIGHT Malaysia –photoFB MIGHT Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Iteenews) — Kumpulan Industri-Kerajaanbagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) bersama Institut Diplomasi Sains dan Kelestarian (UCSI-IISDS), Universiti UCSI hari ini melancarkan buku bertajuk Science Diplomacy in the Global South.

MIGHT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan buku berkenaanmengupas peranan pentingdiplomasi sains dalam menangani isuglobal seperti perubahan iklim, kemerosotan biodiversiti dan pencemaran.

Ia merupakan hasil karya bersama Pengarah Pengasas UCSI-IISDS dan Pengerusi Bersama (Kerajaan) MIGHT merangkap Penaung International Network for Government-Science Advice (INGSA-ASIA) Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid dan Felo Kanan ATRIAdvisory yang jugaTimbalan Pengarah Institut Antarabangsa untuk Diplomasi Sains dan Kelestarian (IISDS), Universiti UCSI ProfDr Mohamad Osman.

"Buku ini menekankan kepentingan kerjasama serantau serta kerjasama antara negaradi Selatan Global dalam mencari penyelesaian, berkongsi sumber dan membangunkan keupayaan.

"Ia turut mengetengahkan kepentingan kolaborasi saintifik dan penyelidikan dalam membentuk dasar antarabangsa serta memudahkan kerjasama rentas negara bagi menangani cabaran bersama dan memperkukuh kepentingan sejagat," menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran simbolik buku berkenaan disempurnakan oleh bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan InovasiDatuk Mohammad Yusof Apdal, Pengerusi Bersama (Industri) MIGHT Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali dan Zakri.

Selain itu, MIGHT dan UCSI-IISDS turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalinkan kerjasama dalam membangunkan Program Sarjana Bersama dalam bidang Foresight.

"MoU ini meliputi tempoh lima tahun dan merangkumi inisiatif untuk menubuhkan Pusat ASEAN bagi Diplomasi Sains sekali gus memudah carapertukaran akademik dan penyelidikan, serta membangunkan program latihan dan pembangunan kapasiti," menurut kenyataan itu.

Dalam sesi menandatangani MoU itu, MIGHT diwakili Presiden dan Ketua Pegawai EksekutifRushdi Abdul Rahimmanakala Naib Canselor dan PresidenUniversiti UCSIProfesor Emerita DatukDr Siti Hamisah Tapsir bagi pihak institusi pengajian tinggi berkenaan.