MIGHT-TUBITAK Pelawa Institusi, Entiti Swasta Beri Cadangan Untuk \’Grand Challenge 3.0\’

eabd64c6de6ff431f23ee14e5013a88b6707cbeddffc6 c1c7a9e133345775e79558cedf49b3946707cbdf263eb

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Iteenews) — Kumpulan Industri-Kerajaan bagiTeknologi Tinggi (MIGHT) dan Majlis Penyelidikan Teknologi dan Saintifik Turkiye(TUBITAK) mempelawa institusi dan entiti swasta di kedua-dua negara memberikan cadanganmengenai kerjasama penyelidikan translasidua hala dalam bidang Sains, Teknologidan Inovasi (STI)untuk 'Grand Challenge 3.0'.

MIGHT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkanlangkah itu bertepatan dengan lawatan kerja Menteri Sains, Teknologidan Inovasi Chang Li Kang ke Turkiye untuk mengukuhkan kerjasama saintifik dan teknologi antara kedua-dua negara.

Pusingan ketiga Grand Challenge MIGHT TUBITAK itu dilancarkan susulan penandatanganan perjanjian antara MIGHT dan TUBITAK pada 17 Okt 2020.

“Program ini direka untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui projek kerjasama antara industri dan akademik serta mencipta inovasi.

"Bidang tumpuan kerjasama ialah kecerdasan buatan teras dan generatif, tenaga hidrogen dan penyimpanan tenaga, bahan termaju pertanian mampan untuk aeroangkasa, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan robotik dalamteknologi angkasa," menurut kenyataan itu.

Kerjasama ini disokong oleh Malaysia Science Endowment (MSE), inisiatif bersama antara Kementerian Sains, Teknologidan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia untuk mengekalkan pembiayaan R&D negara.

Peluang kerjasama itu dibuka kepada pihak Turki dan Malaysiadengan setiap konsortium terdiri daripada satu entiti akademik atau penyelidikan dan rakan kongsi komersial. Pelaksanaan setiap projek akan berlangsung selama dua tahun.

Pemenang sebelum ini termasuk kerjasama antara Universiti Bingol dan Kadifeteks di Turki serta Universiti Teknologi PETRONAS Malaysia, FixCoLab dan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan MOSTI untuk membangunkan 'Prototype Nanomaterials Risk (NanoRisk)'bagi industri cat serta tekstil.

Satu lagi kerjasama yang turut memenangi anugerah ialahkolaborasi antara Universiti Eskisehir Osmangazi, Pomega Corporation dari Turkiye, Universiti Putra Malaysiadan Serdang Paste Technology.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *