MIFF Pacu Pertumbuhan Industri Perabot Malaysia – Johari

daf5324622d7331bbf6a40ac993a24b467c2e8c780b53 Datuk Chan Foong Hin f4f694fe7760fdcb255ad0c161d2d77467c2ee29bf5bf Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin (tengah) hadir bersempena Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 di Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Turut sama Pengasas dan Pengerusi Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) Datuk Dr Tan Chin Huat (tiga,kanan), Pengurus Besar Negara Informa Markets Malaysia Gerard Leeuwenburgh (dua,kiri) dan Presiden Persatuan Perabot Muar (MFA) Steve Ong (tiga,kiri).

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Iteenews) — Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utamadalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkataMIFF menyediakan platform utama untuk perniagaan mempamerkan ketukangan, memupuk perkongsian serta meneroka aliran reka bentuk dan pembuatan.

“Industri perabot Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan dan daya tahan luar biasa. Saya berbesar hatiuntuk berkongsi bahawa eksport produk kayu mencecah RM22.9 bilion pada 2024, mencatatkan peningkatan 4.9 peratus.

“Pencapaian ini meletakkan industri perkayuan sebagai penyumbang ketiga terbesar eksport komoditi kami. Pada 2024, eksport perabot kayu Malaysia mencatatkan RM9.9 bilion, mencerminkan peningkatan 8.4 peratus daripada tahun sebelumnya,” katanya sensa berucap pada perasmian MIFF di sini hari ini.Teks ucapan beliau dibacakan TimbalannyaDatuk Chan Foong Hin.

Johari berkata pertumbuhan dalam industri perabot tempatan mencerminkan komitmen pengilang tempatan terhadap standard kualiti tinggi sertamemenuhi permintaan pasaran antarabangsa.

Beliau berkata eksport perabot Malaysia mendapat permintaan tinggi di seluruh Amerika, Asia dan Eropah, memperkukuh usaha untuk mencapai sasaran eksport kayu balak RM28 bilion menjelang 2025 di bawah Dasar Agrikomoditi Negara 2030.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas MIFF Datuk Dr Tan Chin Huat berkata MIFF membimbing pereka perabot muda dan menghubungkan mereka dengan pemain industri sekali gus merangsangkreativiti dan peluang perniagaan.

“Kombinasi perdagangan dan kreativiti itumembolehkan MIFF berperanan sebagai pemacu inovasi … MIFF bukan sekadar platform perdagangan perabot; ia adalah ekosistem dinamik yang menyuburkan kreativiti dan inovasi dalam industri perabot.

"Dengan menghimpunkan pereka, pengilang, pereka dalaman dan arkitek di bawah satu bumbung, MIFF mewujudkan komuniti yang mengembangkan idea dan kerjasama," katanya.