MIDF Research Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus 

f6ccc8df17dc68bd18cbaec57ecac3e962bbcf3d9666a

KUALA LUMPUR, 21 Okt(Iteenews) –MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 pada 5.0 peratus yangdisokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan hari iniberkata berdasarkan anggaran awal, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahunbagi suku ketiga2024 yangmengekalkan pertumbuhan melebihi 5.0 peratus dalamtempohdua sukuberturut-turut.

"Pertumbuhan ini secara amnya seiringdengan jangkaan kami, walaupun kadar pertumbuhannya sedikit lebih tinggi daripada anggaran, berikutankami menyedari pengembangan yang lebih perlahan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) selainmenjangkakan pengeluaran perlombongan yang lemah akan menjejaskan pertumbuhan KDNK2024 bagi suku ketiga," katanya.

Mengikut sektor, MIDF Research berkata semua sektor ekonomi berkembang kecuali perlombongan yang menurun sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun, yang boleh dikaitkan dengan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih lemah.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, selepas pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku sebelumnya.

Dalam pada itu, MIDF Research menekankan pengembangan lebih kukuh dalam perbelanjaan domestik yang boleh menjadi kejutan positif kepada unjuranKDNK, memandangkan pasaran buruh yang positif dan penangguhan rasionalisasi subsidi RON95 sehingga pertengahan 2025.

"Bagaimanapun, kami masih berhati-hati terhadap risiko penurunan yang berpotensi terhadap prospek pertumbuhan Malaysia akibatpermintaan akhir yang lebih lemah daripada ekonomi utama selainkemungkinan berlaku gangguan kepada rantaian bekalan global serta perdagangan antarabangsa akibat ketegangan geopolitik dan perdagangan yang meningkat," katanya.

MIDF Research adalah sebahagian daripada MIDF Amanah Investment Bank.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *