–fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR, 1 Okt(Iteenews) –Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekaldalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor(IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai2024.
IP ialah instrumen yang digunakan untuk menjangka arah aliran ekonomi secara purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, MIDF Research berkata ini merupakan pertumbuhan bulan kelapan berturut-turut, didorong terutamanyaoleh peningkatan kukuh dalam import sebenar semikonduktor(36.7 peratus tahun ke tahun) dan Indeks Perindustrian Bursa Malaysia (35.4 peratus tahun ke tahun).
“Peningkatan berterusan IP menunjukkan ekonomi Malaysia akan terus berkembang secara positif pada separuh kedua 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melihat kepada peningkatan berterusan IP, MIDF Research mengekalkan unjurannya bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 5.0 peratus daripada 3.6 peratus pada 2023, disokong oleh perbelanjaan domestik yang meningkat dan perdagangan antarabangsa yang pulih.
Pada asas bulan ke bulan, IP meningkat semula sebanyak 1.1 peratus bulan ke bulan berbanding penurunan 0.4 peratus pada Jun2024.
Ini terutamanya berikutan pertumbuhan berterusan dalam import sebenar semikonduktor (1.0 peratus bulan ke bulan)dan jumlah pendaftaran syarikat baharu yang meningkat (0.5 peratus bulan ke bulan).
Sementara itu, MIDF Research terus mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berkembang lebih pesat pada 5.0 peratus.
“Asas pertumbuhan positif akan berterusan pada separuh kedua 2024 seperti yang dapat dilihat daripada peningkatan IP yang berterusandan kami menjangkaekonomi Malaysia berkembang pada tahun ini, disokong oleh perbelanjaan domestik yang meningkat dan perdagangan luar yang pulih,” katanya.