MIDA: Mangkin Daya Tahan, Pertumbuhan Masa Depan Ekonomi Malaysia Dalam Kedinamikan Landskap Global

4a3ed2832e429487189309e0eb9a910767833502cfd94Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Iteenews) — Landskap pelaburan Malaysia pada 2024 sekali lagi menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuai, dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di barisan hadapan dalam memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan strategik, pembangunan modal insan, serta inisiatif ekonomi digital dan hijau.

Galakan Pelaburan dan Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Peranan MIDA dalam memangkinkan pembangunan ekonomi Malaysia dibuktikan oleh kejayaannya menarik pelaburan bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh tiga sukuan tahun 2024, meningkat sebanyak 10.7 peratus tahun ke tahun.

Semua pelaburan itu meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, dan utama, yang membawa 4,753 projek baharu di sampimg mewujudkan 159,347 pekerjaan sekali gus mendorong pertumbuhan penciptaan pekerjaan tahun ke tahun sebanyak 75.9 peratus.

Pelaburan domestik (DI) menyumbang RM148.0 bilion (58.1 peratus), dan prestasi itu mencerminkan keyakinan teguhterhadap kejelasan dasar kerajaanserta daya tahan perniagaan tempatan.

Pelaburan asing (FI) pula membentuk RM106.7 bilion (41.9 peratus), dengan penyumbang utama meliputi Jerman, China, dan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid menyerlahkan semangatnya ketika bercakap mengenai pencapaian itu.