MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

fc137ccbb39a740bf5680c80581b006966ea959f5ac27 Kredit: MIDA a08d6889eecb974373a3c9c50292adac66ea9511ae3c2 Ketua pegawai eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid. Kredit: MIDA bda9ac69574c8a96e8a03e22c918050366ea95633a59e Kredit: MIDA f3e44b4980622c71f678c179514b9e0b66ea95c6d42fc Kredit: MIDA

KUALA LUMPUR, 18 Sept(Iteenews) — Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) danAlliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

CBAM merujuk kepada cukai sempadan karbon yang bertujuan mengelak pelepasan karbon dengan mengenakan harga berpatutan bagi pelepasan berkenaan daripada barangan yang memasuki negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Dalam kenyataan bersama hari ini, MIDA dan Alliance Bank berkata dianggarkan75 peratus daripada eksport Malaysia ke EU akan terjejaswalaupun ianya secara kolektif menyumbang kira-kira lapan peratus daripada jumlah eksport negara bagi tempoh 2021-2023.

Kalangan pengeksport Malaysia, terutama yang bergantung kepada jualan EU dan terbabit dalam penghasilan produk berintensifkan karbon seperti simen, besi dan keluli, aluminium, baja, elektrik dan hidrogen akan terjejas dalam fasa awal pelaksanaannya.

TimbalanKetua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Bahria Mohd Tamil berkata kementerian itu sedang giat melakukan libat urus dengan rakan antarabangsa untuk menggalakkan ekonomi rendah karbon, memastikan kepentingan Malaysia turut diwakili dalam rundingan iklim global sertamemudahkan perdagangan untuk pengeksport yang terjejas akibatCBAM.

“Peralihan kepada ekonomi rendah karbon membericabaran sertapeluang untuk Malaysia. Walaupun ini adalahcabaran kawal selia baharu, CBAM turut memberi insentif kepada amalan mampan dan dapat meningkatkan lagi daya saing jangka panjang perniagaan kita.

“Menerusi perancangan strategik dan sokongan kerajaan, kita dapat mengemudi peralihan ini dengan jayanya serta memacuinovasi, meningkatkan menambah baik kelebihan persekitaran kita selain meraih kedudukan penting dalam pasaran global," katanya.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid menyifatkan adala pentinguntuk semua yang terbabit dalam rantaian bekalan pengimport Eropah memahami keperluan CBAM secara menyeluruh serta bersiapsedia memenuhi peraturan baharu berkenaan.

“Berganjak kepada amalan lebih lestari ini bukan setakat kekangan kawal selia, tetapi menjadi peluang untuk melakukaninovasi, meningkatkan kecekapan sertameletakkan perniagaan Malaysia di barisan hadapan perdagangan mampan," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *