Microlink Solutions Peroleh Projek KDN Bernilai RM83.51 Juta

fb40c25235bd7e790fbfb5f0f5c928db6331a453996f5

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Iteenews) –Microlink Solutions Bhd menerusi anak syarikatnya,Microlink Systems Sdn Bhd (MSSB) memperoleh projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM83.51 juta.

Nilai projek itu termasuk6.0 peratus cukai jualan dan perkhidmatan adalah bagi tempoh dua tahun bermula 6 Nov, 2024 hingga 5 Nov, 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan termasuk kajian semula, cadangan, reka bentuk, pembangunan, pembekalan, pemasangan, pengujian, penyepaduan dan kelulusan Sistem Pemeriksaan Penumpang (APS) bagi Jabatan Imigresen.

Projek itu tertakluk kepada perjanjian rasmi yang dimeterai antara KDN dan MSSB, katanya.

“Lembaga pengarah percaya penerimaan projek ini adalah demi kepentingan terbaik syarikat.

“Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan, pendapatan sesahamdan aset bersih sesaham MicrolinkSolutions Group dantidak dijangka memberi kesan ketara terhadap tahap kadar hutangtahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025,” katanya.

— BERNAMA